Masa gambar ini di postkan ke facebook, ramai yang react macam "OHHHH WOWW, MACAM MANA NAK BUAT NI! WOW HEBATNYA GUNA OREOOO!". Ok padahal resepinya sama je macam resepi kek batik yang lain. Bezanya cuma tukar biskut marie ke oreo. :B
Ni dia kek batik oreo dengan hiasan m&m yang sudah tunggang terbalik |
So, inilah resepi kek batik oreo kami:
500gm mentega
4 biji kuning telur yang dipukul
(kuning sahaja, putihnya boleh disimpan untuk buat goreng ayam kentucky hihi)
Sedikit esen vanilla
6 sudu susu pekat (mengikut citarasa memasing)
3 sudu besar koko (dilarutkn dengan air panas)
5 sudu besar milo (dilarutkan dengan air panas)
Secubit garam sebagai perisa lemak lemak giteww
3 bungkus biskut oreo original
Gula - tak letak. Sebab oreo dah manis gilaaa tahap potong kaki.
Cara membuatnya amat mudah, senang dan simple
1. Cairkan mentega dalam periuk. (Pastikan api tak terlalu besar)
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla, susu pekat, koko, milo dan garam bergilir-gilir dan jangan lupa kacau adunan dalam periuk tu. Sebab pernah sekali tak kacau, hambik kau telur tu jadi scramble eggs kat dalam tuuu tak kose aku.
3. Akhir sekali masukkan oreo dan gaulkan sebati.
4. Tuang ke dalam bekas dan rata kan.
5. Sejukkan di atas meja sebentar sebelum masukkan ke dalam peti ais.
6. Bila korang rasa kek batik dah cukup keras, boleh hiaskan dan makan! :D
Itu saja!
No comments:
Post a Comment