Wednesday, May 21, 2014

Kuah Cicah Mangga

Baru baca tajuk post, dah kecur air liur dibuatnya.
Slrrppppp!


Seperti yang dijanjikan di page instagram kami, kami nak kongsi resepi kicap cicah mangga yang mudah dengan anda semua. Confirm sedap dan terbaik. Tak perlu lagi beli sos Mak Bee. hihi





Ahhhh dapnya. *telan liur*


Bahan-bahan:
5 sudu besar gula
2 sudu cili kering kisar yang sudah dimasak tanpa minyak atas dapur. Kalau boleh jangan guna cili boh yang dah siap beli ni. takut sakit perut. Takpun boleh juga substitute dengan hirisan cili padi
Kicap manis cap kipas udang (kuantiti mengikut citarasa nak kuah ni pekat ke cair)
1 sudu kecil belacan Melaka panggang. Make sure belacan Melaka asli. Kalau belacan beli kat supermarket ni selalunya busuk.
Kacang tanah goreng yg ditumbuk (optional)

dan

Buah mangga muda/remaja/awal dewasa. Boleh dibeli di pasar/pasaraya. Atau mungkin boleh petik buah mangga sendiri takpun tunggu kawan yang baru lepas balik kampung bagi. hehe.


Cara-caranya:
Gaulkan semua bahan.
Ambil buah mangga dan cicah. *Telan liur glup glup glup*





Mudah kan? Selamat mencuba.







Sunday, May 18, 2014

Kek Batik Oreo....dan resepi.

Sebagai chef amateur (dan pemalas lol), kami amat suka buat kek batik kerana ia adalah antara jenis kek tidak perlu dibakar  atau dikukus.  Kebiasaannya kek batik dibuat menggunakan biskut Marie cap ping pong. Tapi akibat terlalu bosan dan mual dengan Cik Marie, kitorang pun curang lah kepadanya dan beralih arah pada biskut Oreo.

Masa gambar ini di postkan ke facebook,  ramai yang react macam "OHHHH WOWW, MACAM MANA NAK BUAT NI! WOW HEBATNYA GUNA OREOOO!". Ok padahal resepinya sama je macam resepi kek batik yang lain. Bezanya cuma tukar biskut marie ke oreo. :B


Ni dia kek batik oreo dengan hiasan m&m  yang sudah tunggang terbalik

So, inilah resepi kek batik oreo kami:

500gm mentega
4 biji kuning telur yang dipukul
(kuning sahaja, putihnya boleh disimpan untuk buat goreng ayam kentucky hihi)
Sedikit esen vanilla
6 sudu susu pekat (mengikut citarasa memasing)
3 sudu besar koko (dilarutkn dengan air panas)
5 sudu besar milo (dilarutkan dengan air panas)
Secubit garam sebagai perisa lemak lemak giteww
3 bungkus biskut oreo original
Gula - tak letak. Sebab oreo dah manis gilaaa tahap potong kaki.


Cara membuatnya amat mudah, senang dan simple

1. Cairkan mentega dalam periuk. (Pastikan api tak terlalu besar)
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla, susu pekat, koko, milo dan garam bergilir-gilir dan jangan lupa kacau adunan dalam periuk tu. Sebab pernah sekali tak kacau, hambik kau telur tu jadi scramble eggs kat dalam tuuu tak kose aku.
3. Akhir sekali masukkan oreo  dan gaulkan sebati.
4. Tuang ke dalam bekas dan rata kan.
5. Sejukkan di atas meja sebentar sebelum masukkan ke dalam peti ais.
6. Bila korang rasa kek batik dah cukup keras, boleh hiaskan dan makan! :D


Itu saja!







Thursday, May 15, 2014

Hello!

We are food lovers and would like to share with you the best place to find food and of course the best food that we cook! If you like to makan-makan a lot like us, stay tune untuk cadangan makanan dan resepi yang best sedap dan mudah!

Loves!